Kelab Ping Pong

SMK Sacred Heart,

Sibu, Sarawak, Malaysia.

Ping-pong (juga dipanggil "tenis meja") merupakan sejenis sukan dan permainan dalam yang popular. Pemain akan memukul bola berulang-alik di atas sebuah meja yang mempunyai jaring di tengahnya menggunakan pemukul atau bet. Pemain cuma boleh memukul bola tersebut setelah ia melantun sekali di bahagiannya, dan mesti mengembalikannya supaya ia melantun di bahagian lawan. Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu. Permainan ini laju dan memerlukan reaksi pantas. Permain yang mahir boleh memberikan "putaran" pada bola, yang membuatkannya melantun pada arah yang sukar dijangka, sekaligus menyukarkannya dibalas.

Ping pong amat popular di Asia Timur [1] dan merupakan antara sukan yang paling banyak jumlah pemainnya [2]. Ping pong kini menjadi salah satu sukan utama yang terbaru [3].

Jackson Yii Guang Jie: Johan dalam MSS Sarawak 2012
Pasukan Sekolah MSSG Sibu Tahun 2012